Pembiakan Kura-kura telinga merah

Sebagai reptilia, kura-kura Telinga Merah membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya. Mengawan berlaku sepanjang musim panas dan luruh, dan dilaporkan amat sterotaip (Dundee and Rossman, 1989; Jackson and Davis in Lovich et al., 1990). Sarang digali sepanjang tebing jauh dari paras air, atau kadang-kala agak jauh dari gigi air (Mount, 1975). Sarang digali sehingga kedalaman 120-140 cm (Packard et al., 1997). Di Louisiana, telor dihasilkan dari akhir March hingga pertengahan Julai. Saiz serangkap berbeza antara 2-19 telor, dan biasanya antara 7 dan 13 (Dundee and Rossman, 1989; Tucker and Janzen, 1998). Telur berwarna putih dan biasanya berukuran antara sepanjang 23.5 dan 44.2 mm dan selebar 18.4 hingga 24.6 mm (Dundee and Rossman, 1989). Telur menetas dalam tempoh sekitar 68-70 hari dan bayi baru menetas sepanjang antara 20-35 mm (Dundee and Rossman, 1989). Chen dan Lue (1998) melaporkan telur yang dieramkan di makmal, menetas dalam 75 hari. Sehingga tiga rangkap mungkin dihasilkan setiap musim. Sebagaimana kes kura-kura lain, jantina anak kura-kura yang baru lahir bergantung kepada suhu (Lockwood et al., 1991). Kebanyakan anak yang baru menetas juga menghabiskan musim sejuk dalam sarang mereka (Mount, 1975; Packard et al., 1997). Kematangan seks dicapai dalam tempoh dua hingga lima tahun (Dundee and Rossman, 1989).